Adam Nor Azlin Sertai Sri Pahang Selepas 6 Musim Bersama JDT

February 21, 2024
Uncategorized

Hafiz Omar

Kelab berpangkalan di pantai timur iaitu Sri Pahang FC menjadi destinasi Adam Nor Azlin meneruskan karier bola sepaknya selepas dilepaskan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT).

Penyertaan pertahanan kelahiran Klang, Selangor itu disahkan secara rasmi menerusi satu video ucapan selamat datang kepada Adam yang dimuat naik di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

“Memperkenalkan wajah baru Tok Gajah, Adam Nor Azlin.” 

“Pemain versatil berusia 28 tahun produk Harimau Muda dan turut berpengalaman menyarung jersi kebangsaan.” 

“Selamat datang Adam ke Darul Makmur.” tulis kapsyen oleh Sri Pahang yang menamatkan saingan Liga Super di tanggan keempat musim lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SRI PAHANG FC (@officialsripahang)

Baca: Sri Pahang Ikat Azrif Nasrulhaq Secara Kekal Sehingga Musim 2025-26

Baca: Syazwan Andik Tandatangan Kontrak Sehingga 2025-26 Bersama Sri Pahang

Menariknya, kedatangan Adam ke Sri Pahang membolehkannya beraksi semula bersama Syazwan Andik dan Azrif Nasrulhaq – bekas bek kiri dan kanan JDT.

Tidak dilupakan di posisi penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi, juga merupakan bekas rakan sepasukan Adam semasa bermain bersama JDT.

Untuk makluman, Adam diikat oleh JDT sekitar penghujung tahun 2017 selepas menampilkan aksi cemerlang bersama Selangor FC (dahulunya dikenali sebagai Selangor FA) dan skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23).

Sepanjang enam musim bersama JDT, laman Transfermarkt merekodkan Adam melakukan 54 penampilan dalam pelbagai pertandingan domestik mahupun antarabangsa disamping mencipta tiga bantuan gol dan mencetak satu gol.

Sebagai tambahan, Adam menjadi salah seorang daripada enam pemain yang dilepaskan oleh JDT selain Aidil Zafuan, S. Kunanlan, Hazwan Bakri, Leandro dan Diogo Luis Santo selepas tamatnya saingan musim 2023.

Featured Image: Sri Pahang FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd