RTM Siar Secara Langsung Pertembungan Oman & Malaysia
Hafiz Omar
Pertembungan melibatkan Oman dan Malaysia pada aksi ketiga peringkat Kumpulan D bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 turut disiarkan oleh saluran televisyen milik Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman apabila menjawab pertanyaan penyokong skuad Harimau Malaya di platform media sosial, X, pada hari ini.
“Ada di @RTM_Malaysia @Sukantv_RTM,” jawabnya ringkas.
Ada di @RTM_Malaysia @sukantv_rtm
2.00 pg esok. https://t.co/aHuRkfhpuM— Suhaimi Sulaiman (@suhaimisulaiman) March 20, 2024
Baca: Harimau Malaya Sasar Kutip Satu Mata Bertemu Oman
Malaysia bimbingan Kim Pan-gon akan turun menghadapi Oman yang berada pada ranking ke-80 dunia di Sultan Qaboos Sports Complex pada hari Jumaat, sepak mula jam 2 pagi (waktu Malaysia).
Selain dapat menyaksikan di secara langsung di rumah, para penyokong dan peminat Harimau Malaya boleh keluar menonton secara beramai-ramai menerusi tayangan skrin besar anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di 16 lokasi seluruh negara.
Baca: Oman Rombak Bahagian Pertahanan, Senaraikan 4 Pemain Baharu
View this post on Instagram