Artikel

Pemilik TRW Kelantan FC Tarik Minat Pelabur Baharu Untuk Bangunkan Pasukan?

Para peminat dan penyokong skuad Liga Premier, TRW Kelantan FC bakal menyaksikan kemasukan pelaburan baharu oleh sekumpulan individu ke dalam pasukan berpangkalan di pantai timur tersebut.

Menurut laporan Utusan Malaysia, pemilik pasukan berkenaan, Norizam Tukiman memaklumkan telah mencapai kata sepakat dengan sekumpulan individu yang berminat untuk membangunkan skuad yang mendapat julukan The Red Warrior tersebut.

Difahamkan minat sekumpulan individu tersebut untuk melabur ke dalam pasukan Kelantan hadir selepas menyaksikan perancangan yang telah dijalankan oleh Norizam selepas mengambil alihnya setahun yang lalu.

Norizam Tukiman

Baca: Pemilik Zamburger Beli Pasukan Kelantan Dengan Harga RM6.8 Juta

Bagaimanapun, identiti atau latar belakang mengenai sekumpulan pelabur tersebut kekal misteri dan disimpan kemas oleh Norizam atau dikenali sebagai Zamsaham setakat ini.

“Apa yang boleh kongsikan setakat ini kepada penyokong setia TRW, saya sudah mencapai kata sepakat dengan sekumpulan pelabur yang berminat untuk bersama-sama membangunkan pasukan. 

“Saya gembira bila ada pihak mula yakin dengan perancangan yang telah dibuat oleh TRW sebelum ini. Ia membuktikan pengorbanan yang dibuat bagi memulihkan pasukan Kelantan oleh saya sebelum ini bukanlah cakap kosong,” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.

Baca: TRW Kelantan FC Bakal Bina Pusat Latihan Setanding JDT

Baca: TRW Rancang Bina Pusat Latihan Berbumbung Dengan Bajet Tidak Melebihi RM10 Juta

Baru-baru ini, Norizam turut berkongsikan mengenai perancangannya terhadap TRW Kelantan dalam masa terderkat dan juga musim hadapan menerusi akaun laman sosialnya.

Antara perancangan yang sedang diusahakannya adalah untuk mengadakan padang latihan yang lebih berkualiti untuk para pemainnya menjalani latihan.

Selain itu, Norizam turut berkongsikan bahawa beliau sedia untuk mengeluarkan ‘pitih’ untuk mendapatkan pemain-pemain bintang bagi menguatkan lagi pasukannya untuk mengharungi saingan Liga Premier 2022.

Sebagai tambahan, selain daripada menjadi pemilik TRW Kelantan FC, Norizam juga merupakan pemilik pasukan yang berpangkalan di Indonesia iaitu PSPS Riau.

Featured Image: TRW Kelantan FC

komen