Malaysian Football League (MFL) pada asalnya bercadang untuk memulakan saingan Liga Malaysia 2024-25 pada pertengahan April 2024.
Namun begitu, badan penganjur saingan bola sepak tempatan itu terpaksa membuat perubahan dan memulakannya pada 3-5 Mei 2024.
Kemasikini: Sepak Mula Liga Malaysia 2024-25 Dianjak Ke 10-12 Mei
Menjelaskan dengan lebih lanjut, MFL memaklumkan melewatkan tarikh sepak mula itu selepas mengambil kira beberapa faktor.
Antaranya penglibatan pemain-pemain kelab Liga Malaysia bersama skuad senior kebangsaan, skuad bawah 23 (B-23) negara, penyertaan Sabah FC dalam saingan Piala AFC, persiapan pramusim dalam bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Selepas Liga Malaysia melabuhkan tirai pada 17 Disember 2023, pemain-pemain Harimau Malaya akan melaporkan diri ke kem latihan pusat pada 26 Disember 2023 sebelum mengharungi Kejohanan Piala Asia 2023 di Doha, Qatar pada 12 Januari 2024 hingga 10 Februari 2024.”
Baca: CEO Sri Pahang, Pengurus Besar Penang Sertai Lembaga Pengarah MFL 2021-2025
“Kemudian tugasan skuad Harimau Malaya akan diteruskan dengan perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 21 dan 26 Mac 2024.”
“Perubahan terhadap perancangan asal kalendar Liga Malaysia juga terpaksa dilakukan MFL berikutan pengumuman AFC berkenaan tarikh Piala Asia B-23 2024 hanya dibuat pada 17 Mei 2023.
“Selain itu, Sabah FC juga bakal meneruskan kempen Piala AFC peringkat separuh akhir Zon Asean pada 13 atau 14 Februari 2024 serta penglibatan pemain muda kelab-kelab Liga Malaysia bersama skuad B-23 negara di pusingan akhir Piala Asia B-23 Doha, Qatar bermula pada 15 April 2024 sehingga 3 Mei 2024.”
“Dengan beberapa tugasan antarabangsa pada awal tahun ini khususnya melibatkan skuad Harimau Malaya dan skuad B-23, MFL juga mengambil kira kekangan masa pasukan-pasukan dalam membuat persiapan menjelang musim baharu liga 2024/2025 berikutan sambutan Ramadan daripada awal Mac 2024 dan perayaan Aidilfitri dijangka pada 10 atau 11 April 2024.” jelas MFL menerusi satu kenyataan yang disiarkan pada hari ini.
Untuk makluman semua, MFL membuat transisi memulakan saingan Liga Malaysia pada musim hadapan bermula Mei 2024 sehingga April 2025 agar selari dengan kalendar penganjuran pertandingan bola sepak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Baca: Penganjur Sedang Bincang Tambah Perlawanan Piala MFL
Featured Image: Malaysian Football League