Artikel

Perlis, Melaka, Sarawak Berpeluang Ganti Kelantan Di Liga Super 2024-25

Kelab-kelab yang beraksi dalam divisyen ketiga bola sepak tanah air iaitu Liga M3 seperti Perlis United FC, Melaka FC, Sarawak United FC dan lain-lain berpeluang untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2024-25.

Ini susulan pengelola liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan membuka semula permohonan lesen luar biasa (extraordinary license) kepada semua kelab-kelab Liga M3 – lesen yang membolehkan mereka menyertai Liga Super musim mendatang.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, MFL melakukan langkah proaktif ini susulan keputusan First Instance Body (FIB) dan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) menolak permohonan Lesen Kebangsaan kelab yang dimiliki oleh Norizam Tukiman, Kelantan FC.

โ€œKetiadaan Kelantan FC menyaksikan kekosongan slot ke-14 bagi saingan Liga Super musim ini (2024-25).โ€ demikian makluman MFL dalam satu kenyataan rasminya.

Baca: Rayuan Kelantan Ditolak, Tak Layak Main Liga Super

Baca: Penswastaan Demi Penswastaan Gagal, Sampai Masanya Kelantan Dapat Bantuan โ€˜Istanaโ€™

Tambah pihak MFL lagi, permohonan lesen luar biasa ini dibuka semula kepada kelab-kelab Liga M3 berdasarkan kepada Perkara 4.5, 4.6 dan Annexe III Peraturan Pelesenan Kelab MFL.

Kelab-kelab Liga M3 yang berminat diminta untuk mengemukan permohonan lesen luar biasa ini pada 18hb Januari 2024.

Manakala proses penyerahan semua dokumen menerusi AFC CLAS akan bermula 19hb Januari hingga 2hb Februari 2024.

Jelas pihak MFL lagi, keperluan untuk mengisi slot Liga Super ini masih sama dengan kriteria permohonan luar biasa Liga M3 dan sub-kriteria iaitu Infrastruktur, Kakitangan & Pentadbiran, Sukan, Perundangan, Kewangan dan Perniagaan yang telah dinyatakan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

Baca: Ini Senarai 12 Pemain Terpilih Berlatih Bersama Kelab EPL

โ€œMFL akan memilih hanya satu kelab terbaik yang memenuhi kriteria ditetapkan untuk mengisi slot ke-14 selepas ketiadaan Kelantan FC,โ€ demikian kenyataan tambahan oleh badan pengelola liga tempatan tersebut.

Untuk makluman, sekitar penghujung November lalu, MFL memaklumkan sebanyak tujuh buah kelab Liga M3 iaitu Kuala Lumpur Rovers FC, Harini FT, Armed Forces FC, Perlis United FC, Melaka FC, Sarawak United FC termasuk juara, Imigresen FC telah memohon lesen luar biasa ini.

Bagaimanapun, ketujuh-tujuh permohonan terbabit ditolak sekaligus menyaksikan tiada pasukan daripada saingan Liga M3 layak menyertai saingan Liga Super 2024-25 termasuk Imigresen FC.

Featured Image: AFL

komen