Pasukan yang menjuarai pertandingan Pesta Bola Merdeka 2023 iaitu Tajikistan berjaya mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 dalam saingan Piala Asia 2023.
Skuad yang menghuni ranking ke-106 dunia bimbingan Petar Segrt mencipta langkah itu selaku naib juara Kumpulan A setelah mengalahkan Lubnan, tengah malam tadi (waktu Malaysia).
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad itu menyaksikan Tajikistan melakar kemenangan dramatik dengan keputusan 2-1.
Kedua-dua jaringan oleh Tajikistan itu disumbat pada penghujung waktu permainan oleh Parvizdzhon Umarboev dan Nuriddin Khamrokulov pada 80’ dan 90’+2 masing-masing.
Baca: Harimau Malaya Terlucut Kejuaraan Pesta Bola Merdeka 2023
Baca – King’s Cup: Tajikistan Muncul Juara, Atasi Malaysia Menerusi Penalti
Sebelum itu, Lubnan mendahului hampir sepanjang waktu permainan menerusi jaringan Bassel Jradi pada 47’.
Kemenangan itu membolehkan Tajikistan yang julung kalinya beraksi di pentas Piala Asia mengumpul empat mata selepas seri tanpa jaringan bertemu China dan tewas kepada Qatar pada aksi pertama dan kedua peringkat kumpulan.
Sementara itu, tuan rumah iaitu Qatar yang menghuni ranking ke-58 dunia mara ke pusingan 16 selaku juara Kumpulan A selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas China, tengah malam tadi.
Untuk makluman, Tajikistan yang mara selaku naib juara Kumpulan A akan bertemu naib juara Kumpulan C samada Iran, Emiriah Arab Bersatua (UAE) atau Palestin pada pusingan 16 kelak.
Manakala Qatar selaku juara Kumpulan A akan bertemu pasukan yang menghuni tangga ketiga daripada Kumpulan C, D atau E.
Baca: JDT Penyumbang Terbesar Pemain Di Pentas Piala Asia 2023 – 15 Orang
✨ 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐒 ✨
A fairytale ending in Group A for debutants 🇹🇯 Tajikistan who join hosts 🇶🇦 Qatar into the Round of 16!#AsianCup2023 | #HayyaAsia pic.twitter.com/5hNq6FyuNp
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 22, 2024
Featured Image: AFC