Kempen Sabah FC dalam saingan Piala AFC 2023-24 nampaknya terhenti setakat peringkat separuh akhir zon ASEAN.
Perjalanan itu terhenti susulan skuad bimbingan Datuk Ong kim Swee tumpas di tangan kelab yang berpangkalan di Australia iaitu Macathur.
Perlawanan yang berlangsung di Campbelltown Sports Stadium itu menyaksikan Sabah tewas dengan jaringan 3-0 menerusi jaringan berganda Jed Drew (46’, 80’) serta satu gol daripada Ulises Davila (40’).
⏰ FT | 🇦🇺 Macarthur FC 3️⃣-0️⃣ Sabah FC 🇲🇾
🐂 Jed Drew’s double powers the Bulls to the ASEAN Zonal Final#AFCCup | #MACvSAB pic.twitter.com/bprwGpoyh4
— #AFCCup (@AFCCup) February 13, 2024
Baca – Piala AFC: KL City Cipta Sejarah Muncul Juara Zon ASEAN
Baca: KL City Raih Sekitar RM7 Juta Jika Bergelar Juara Piala AFC 2022
Susulan kemenangan ini, Macarthur mengesahkan tempatnya ke perlawanan akhir peringkat zon ASEAN.
Menantinya pada perlawanan itu samada sebuah lagi kelab yang berpangkalan di Australia, Central Coast Mariners atau pasukan dari Kemboja, Phnom Penh Crown FC – sedang berentap ketika artikel ini ditulis.
Sebagai rekod, Sabah mengesahkan tempatnya ke peringkat separuh akhir zon ASEAN setelah muncul juara Kumpulan H yang terdiri daripada Hai Phong, PSM Makassar dan Hougang United.
Featured Image: AFC Cup