Artikel

Melaka FC Bimbingan K. Devan Guna Logo Baharu Hadapi Liga M3

Kelab Bola Sepak Melaka (Melaka FC) bukan sahaja mengharungi saingan Liga M3 2024-25 dengan bimbingan ketua jurulatih baharu bahkan turut menggunakan logo yang baharu.

Perkara itu hadir selepas platform media sosialnya memuat naik satu logo baharu sebagai gambar profil (profile picture), pada hari ini.

Rekaan logo baharu itu berbentuk perisai bulat yang dihiasi dengan ikon bola sepak berwarna hitam dan putih di tengah-tengahnya.

Kemudiannya, ikon bola sepak itu diapit dengan perkataan “MELAKA” dan “Football CLUB” berlatarbelakangkan warna biru dan merah masing-masing.

Tidak dilupakan, logo tersebut turut memuatkan “2022” merujuk kepada tahun kelab tersebut diasaskan.

Baca: MAFA Perhalusi Kemasukan Melaka Dalam Saingan Liga Super 2024-25

Baca: Ini Logo Melaka FC Yang Akan Beraksi Di Liga M3 2023

Pada masa yang sama, satu hantaran di platform media sosialnya turut mengesahkan bekas ketua jurulatih Negeri Sembilan FC iaitu K. Devan akan membimbing pasukan tersebut.

Jurulatih berusia 56 tahun ini akan dibantu oleh Sapian Wahid, S. Subramaniam dan Mussafar Shah sebagai penolong jurulatih.

Sementara itu, seramai 18 pemain telah menandatangani kontrak untuk membarisi skuad Melaka FC bagi menghadapi pada Liga M3 musim 2024-25.

Kontrak kepada para pemain itu disampaikan oleh presiden dan pemilik Melaka FC, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad dalam satu majlis yang diadakan di ibu pejabatnya. semalam. 

Untuk makluman semua, saingan Liga M3 2024-25 akan bermula 3 Mei kelak dan menutup tirainya pada 19 Januari 2025.

komen