JDT Hanya Lepaskan Pemain Kebangsaan 7 Hari Sebelum Bertemu Oman
March 6, 2024 Hafizuddin Omar

Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) memaklumkan akan mengikuti praktis global berhubung pelepasan para pemainnya untuk menyertai skuad kebangsaan dan mengikuti kem latihan pusat.

Praktis yang akan dilakukan skuad berjulukan Harimau Selatan itu adalah hanya melepaskan para pemainnya tujuh hari sebelum perlawanan pertama dalam Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA.

Kebanyakan skuad kebangsaan di seluruh dunia hanya memanggil pemain mereka semasa jendela perlawanan yang disediakan oleh FIFA, tetapi JDT telah bersetuju untuk menggunakan budi bicara kami dalam melepaskan pemain tujuh hari sebelum perlawanan pertama.”

Baca: Oman Lantik Pengendali Dari Czech Untuk Hadapi Malaysia

“Sebagai contoh, jendela FIFA seterusnya adalah dari 18 Mac hingga 26 Mac. Malaysia dijadualkan bermain kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia pada 22 Mac, dan JDT akan melepaskan pemain kami seawal 15 Mac.” 

“Dalam peraturan bola sepak, kelab hanya perlu melepaskan pemain pada 18 Mac.” demikian penjelasan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards.

Baca: Kalau Semua ‘Game’ Arif Aiman Pergi, Pengsanlah – Presiden FAM

Ini bermakna kelibat sembilan pemain JDT yang telah dipanggil oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon tidak akan kelihatan di kem latihan pusat pada lima hari yang pertama bermula dari 10hb Mac.

Sembilan pemain kebangsaan tersebut terdiri daripada Syihan Hazmi, Matt Daview, Corbin-Ong, Endrick dos Santos, Arif Aiman Hanapi, Shahrul Saad, Syamer Kutty, Junior Eldstal dan Romel Morales.

Tambah Alistair, biarpun tidak menyertai kem latihan pusat seawal haru yang pertama, beliau percaya sembilan pemain yang mendapat panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan itu dapat membina persefahaman dan kecergasan melalui latihan berintensiti tinggi dan kemudahan fasiliti bertaraf dunia di Pusat Latihan JDT.

Baca – Malaysia vs Oman: Kalau SNBJ Tak Bagus, SSI & SSMZA ‘Pelan B’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Featured Image: AFC

Komen