Pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung, Terengganu FC dijangka tidak dapat menggunakan khidmat penyerang berbisanya iaitu Ivan Mamut dalam tiga perlawanan awal Liga Super 2024-25.
Ini berikutan penyerang kelahiran Croatia yang menjaringkan 24 gol buat Terengganu dalam kesemua pertandingan pada musim lalu ditimpa kecederaan tendon achilles pada kaki kirinya.
“Ivan Mamut dijangka akan terlepas persiapan pra-musim pasukan serta beberapa perlawanan awal Liga Malaysia setelah disahkan mengalami kecederaan tendon achilles pada kaki kirinya.”
“Beliau mengalaminya semasa menjalani latihan awal musim bersama pasukan.”
“Menerusi pemeriksaan MRI didapati ada koyakan pada tendon achilles beliau dan hasil pemeriksaan dari pakar ortopedik menjelaskan Ivan memerlukan tempoh pemulihan antara 4-6 minggu.” tulis kenyataan daripada pihak kelab.
Baca: Naib Juara Piala Malaysia Lanjut Kontrak Penyerang Tinggi Lampai Croatia
View this post on Instagram
Tempoh pemulihan itu memungkinkan Ivan akan terlepas perlawanan menentang Perak FC (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin), Penang FC (Stadium Bandaraya) dan Kelantan Darul Naim FC (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin) pada 11 Mei, 19 Mei dan 24 Mei masing-masing.
Selain itu, Ivan juga akan terlepas aksi pramusim iaitu Agarbomb Performance Cup 2024 yang melibatkan Terengganu FC II, Kedah Darul Aman FC dan Penang FC yang berlangsung dari 17 hingga 21 April serta dua siri perlawanan persahabatan bagi menguji sistem VAR pada 28 April dan 3 Mei kelak.
Baca: Terengganu Ikat Penyerang Nigeria Berketinggian 1.90 Meter – Kontrak Semusim
Dijangka ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mempertaruhkan sepenuh harapan kepada penyerang import baharunya, Ismaheel Akinade untuk mengetuai barisan serangannya sepanjang ketiadaan Ivan.
Sebagai tambahan, pihak pengurusan menetapkan Terengganu perlu menamatkan saingan Liga Super 2024-25 sekurang-kurangnya di tangga ketiga.
Baca – Sasaran Terengganu FC 2024-25: Top 3 Liga Super & Jejak Satu Pentas Final
Featured Image: Terengganu FC