AFF Implemen VAR Dalam Kejuaraan B-19, Piala Shopee & Piala ASEAN
July 5, 2024 Hafizuddin Omar

Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) ASEAN 2024, Kejohanan Kelab ASEAN atau Piala Shopee 2024-25 serta Piala ASEAN (dahulunya dikenali sebagai Piala AFF) 2024 akan menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR).

Perkembangan ini hadir susulan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) penggunaan teknologi tersebut berjaya diimplementasikan di Kejuaraan B-16 ASEAN yang berlangsung di Solo, Indonesia baru-baru ini.

Baca: Nama Piala AFF Ditukar Menjadi Piala ASEAN Berserta Logo Baharu

Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth percaya VAR membentuk semula bola sepak dan menjadi salah satu batu asas utama yang akan meningkatkan pertandingan-pertandingan AFF ke tahap yang lebih baik.

Baca: AFF Tak Setuju Ubah Tarikh Penganjuran Piala ASEAN, Malaysia Hantar Skuad Campuran

Tambahnya lagi, penggunaan teknologi VAR di Kejuaraan B-16 ASEAN di Solo, Indonesia selari dengan pelan dan usaha berterusan AFF untuk meningkatkan tahap pertandingan-pertandingannya termasuk menyediakan sokongan terbaik kepada para pengadil untuk membolehkan mereka membuat keputusan tepat, konsisten dan berfakta.

Untuk pengetahuan semua, Kejuaraan B-19 ASEAN dijadualkan berlangsung dari 17hb hingga 29hb Julai 2024.

Baca: KL City, Buriram United & Lion City Sailors Bertembung Dalam Piala Shopee 2024-25

Sementara itu, saingan sulung Piala Shopee yang mengumpulkan 12 kelab terbaik di rantau asia tenggara termasuk Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City) pula akan berlangsung dari  21hb Ogos 2024 hingga 21hb Mei 2025.

Sementara itu, Piala ASEAN pula akan diadakan dari 23hb November hingga 21hb Disember 2024.

Featured Image:  Football Association of Singapore

Komen