Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh tempil mengumumkan insentif kepada empat pemain skuasy negara yang dipilih menyertai Program Fast Track – sebuah inisiatif yang diluluskan oleh Jawatankuasa Road To Gold (RTG).
Empat pemain yang terpilih itu ialah Sivasangari Subramaniam, Ng Eain Yow serta adik beradik Aifa Azman dan Aira Azman bagi memburu pingat di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Menerusi satu kenyataan media yang diedarkan pada hari ini, Hannah berkongsikan perincian mengenai insentif yang diterima oleh setiap atlet skuasy tersebut.

Baca: MSN Umum Program Fast Track – Bantu Atlet Muda Buru Emas LA28
“Sivasangari yang akan berpangkalan di Ithaca, New York akan menjalani latihan di bawah David Palmer sebagai jurulatih peribadi serta mendapat perkhidmatan jurulatih fizikal Mark Burn.”
“Selain daripada itu Sivasangari akan menerima perkhidmatan sokongan sains sukan dan perubatan sukan di pusat latihan beliau serta di Institut Sukan Negara.” katanya.
“Bagi Ng Eian Yeow pula beliau telah memilih untuk berlatih di Msquash Norwalk, Connecticut US di bawah jurulatih Shaun Moxham dan akan turut menjalani kem latihan pusat di Cairo, Egypt.” tambahnya.

Baca: IOC Luluskan Skuasy Dipertandingkan Di Sukan Olimpik 2028
“Bagi dua adik beradik iaitu Aifa dan Aira Azman persiapan awal mereka akan lebih tertumpu kepada menjalani kem latihan pusat di ibu negara bersama jurulatih Andrew Sam Cross dan akan menjalani latihan tindik (attachment programme) secara berkala di Pontefract, UK.”
“Kedua- dua atlet ini juga akan dibantu jurulatih fizikal yang telah dikenalpasti dan prestasi fizikal mereka dipantau oleh Institut Sukan Negara.” ujarnya.

Baca: Pemain Skuasy No.1 Negara Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia
Dimaklumkan, setiap atlet yang diberikan insentif-insentif seperti dinyatakan telah ditetapkan sasaran untuk dicapai pada setiap tahun seperti meningkat ranking dunia serta memenangi pingat di Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2026.
Kesemua insentif ini diumumkan selepas Majlis Sukan Negara (MSN) mengadakan Bengkel Fast Track RTG LA 2028 bersama wakil persatuan, jurulatih, pegawai MSN dan ISN dari 1hb hingga 3hb Mei lalu.
Featured Image: Majlis Sukan Negara