Masalah air bertakung sekiranya berlaku hujan lebat di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) tidak lagi timbul selepas daripada ini, demikian harapan dilontarkan oleh Exco Belia, Sukan & NGO Kelantan, YB Zamakhshari Muhamad.
Ianya berikutan kerja-kerja menambahbaik sistem saliran dan perparitan di stadium yang menjadi gelanggang rasmi Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) itu sedang giat dijalankan pada ketika ini.
Dimaklumkan kemajuan kerja-kerja tersebut telah mencapai tahap 60% dan dijangka ianya akan siap pada pertengahan bulan hadapan.
Berdasarkan foto-foto yang dikongsikan menerusi akaun media sosialnya, projek penambahbaikan itu memperlihatkan parit baharu yang lebih dalam telah digali bagi mengalirkan air keluar dari keseluruhan padang sekiranya berlaku hujan lebat.
Baca: Kerajaan Negeri Mohon Geran RM200,000 Bebas Pilih Rumput Asalkan Jenis Bilah Halus
Baca: Stadium Darul Makmur Bakal Mempunyai ‘Corporate Box’ – Exco Sukan Pahang
“Saya mewakili Kerajaan Negeri dan juga pihak Perbadanan Stadium mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk kerja-kerja penambahbaikan stadium ini,” katanya seperti dipetik daripada akaun Facebook peribadinya.
Sementara itu, ketika bercakap dengan pemberita semasa meninjau kerja-kerja penambaikan tersebut, Zamakhshari berkata pihaknya ada membincangkan berkenaan penukaran jenis rumput bagi padang di stadium berkenaan namun ianya menelan kos yang tinggi.
Baca: Selangor FC Kekal Bermain Atas ‘Cow Grass’ Musim 2024-25
Ini sekaligus menyaksikan SSMIV yang mampu memuatkan sekitar 20,000 penonton kekal menggunakan rumput jenis “cow grass”.
Memandangkan kerja-kerja penambahbaikan sedang dijalankan, Zamakhshari berkata sebarang aktiviti melibatkan penggunaan SSMIV hanya dapat dilakukan selepas 15hb Oktober 2024.
Featured Image: Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan