
Era baharu skuad bola sepak kebangsaan berjulukan Harimau Malaya telah bermula!
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan dua individu yang dilantik ke dalam penstrukturan baharu skuad Harimau Malaya telah pun tiba di ibu pejabat FAM di Kelana Jaya untuk melaporkan diri pada hari ini.
Dua individu yang dimaksudkan itu ialah Rob Friend dari Kanada yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya dan saintis dari Australian, Dr. Craig Duncan selaku Ketua Prestasi Tinggi & Perubatan Sukan Harimau Malaya.

Baca: JDT Sedia Ambil Khidmat Rob Friend Jika Malaysia Tak Mahu

Baca: Ketahui 4 Tugas Dr. Craig Selaku Ketua Prestasi Tinggi & Perubatan Sukan Harimau Malaya

Kelayakan Piala Asia: Tunku Ismail Harap Kerajaan Malaysia Bantu Beri Pasport Kepada 7 Pemain Warisan
Baca: Naturalisasikan Bergson & Hidalgo Untuk Harimau Malaya – Pemilik JDT
Kedatangan mereka berdua disambut oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman seterusnya mengadakan mesyuarat denga kedua-dua Timbalan Presiden FAM iaitu Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram.
Tidak ketinggalan untuk turut serta dalam mesyuarat itu adalah Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell.
Sebagai rekod, kedua-duanya diumumkan menyertai penstrukturan baharu Harimau Malaya pada 31hb Disember dan 2hb Januari masing-masing.
Featured Image: FAM